PEOPLE YOU ALREADY JUMPA OR WILL JUMPA!!

Full Bahasa Malaysia because I have no mood for English.

Ramai cakap aku always strong bila ada masalah and motivated all the time. Actually, aku dah pernah ada at the lowest point or minimum point macam apa yang kau fikir time tu adalah to commit suicide. That's why bila ada masalah kawan tikam belakang, boyfriend curang and etc, aku still boleh chill #riakteruk Kadang kadang bila tengok junior ke stress sebab lelaki rasa nak gelak depan muka dia. Set on your mind, ada orang dekat luar sana yang lagi besar masalah dia. Kau, setakat takde orang nak tu dah boleh pergi sambung study. I read Iman Azman's post in NST yesterday and she said, "with this newfound power, I realised that I didn't need a boy to tell me I was worth something... I already knew I was". Ye aku tahu ayat dia agak berbaur riak tapi entah la, motivated. Aku harap aku boleh jadi macam dia kut one day. Tak dapat jadi macam dia, jadi Vivy Yusof pun okay (Amin!) 

Since SPM is just around the corner, aku macam takde masa nak layan perangai orang sangat. 

Nak datang, datang. Nak pergi, pergi. 
Maybe sebab aku dah start realised orang yang ada dekat sekeliling aku sekarang tak semuanya ada bila aku dah keluar sekolah nanti. Masa dekat sekolah pun kena tinggal ni bila dah habis hm pandailah fikir. Aku tak buang orang orang yang negative from my life tau cuma aku limit-kan that friendship like- kau boleh tahu takat ni je, ni limit kau. Buat masa sekarang takde lagi someone yang boleh aku share problems semua. Menunggu yang ikhlas bak kata Cikgu Chemistry. Aku jenis susah nak percaya orang sekarang ni since aku dah jumpa ramai sangaaaaat manusia. Aku rasa lebih 500 perangai aku dah jumpa and betul betul hadam. And tu semua jadikan aku sekarang. So ni aku senarai antara antara perangai yang kau patut kenal and ambil moral values.

"Aku kata A, semua kene cakap A"
Jenis rasa dia seorang je yang betul dan kata katanya benar belaka. Orang macam ni kalau jumpa jangan baling selipar. Elok kau bantah cakap dia. Biar dia rasa sekali dua macam mana rasa kene bantah. Tapi la.. Aku rasa aku golongan ni sebab aku kadang kadang annoyed bila orang tak ikut plan aku, sebab selalunya plan aku paling simple dan organised #riakpart2 Suggestion aku, bawa berbincang elok elok. Sebab orang yang keras hati ni kalau kita cakap lembut lembut, cair jugak.

"Aku rasa semua lelaki suka aku"
BOLEH BALING SELIPAR DEKAT DIA.

Lagi seorang ni jenis hati selembut tissue tesco. Cara dia senang je, kau kasar dengan dia. Macam orang hati keras tadi kau kena berlembut so sekarang sebaliknya. Faham tak? Tak faham baca balik. Lama kelamaan InshaAllah dia okay, kuat going through her life. Aku ni jenis berkawan memang suka ubah perangai orang, tapi untuk kebaikan dia la (dan aku jugak). 

Jenis tikam belakang sepanjang tahun. Sabar, jangan balas balik, maki dan sebagainya. Biarlah dia nak cakap apa pun pasal kau. Yang betul tu mengata, yang salah tu fitnah. Semua urusan dia dengan Tuhan. Kau sebagai manusia yang matang, diam dan sabar je ok? Kalau tak boleh tahan sangat sampai tahap kena fitnah, kau slowtalk dengan dia. Tanya dia apa salah kau sampai kau deserved semua tu. Kalau dia tak jawab, kau maafkan je la dia. Mungkin dia dah meninggal. 

LAST,
Manusia yang always ada dengan kau even kau dah sakitkan hati dia, tipu and termasuk backstabbing. Tolong simpan manusia ni elok elok. Dia dah bagi kau peluang so jangan sia-siakan. Manusia ni la yang kau akan cari masa dekat University nanti sebab aku dengar kawan kawan dekat university ni tak kenal kita sangat. Ye memang ramai cakap berapa lama kenal tu tak penting, yang penting kau sentiasa ada time dia susah. Bagi aku lagi lama kau kenal, lagi kau faham diri seseorang tu. So kau tahu bila dia dekat lowest or highest point. 

Pesanan aku, sentiasa berhati hati bila kenal orang baru dan bila nak ceritakan something dekat orang. Aku always pesan ni dekat kawan kawan aku sebab aku tak nak one day aib kau terbukak macam tu je. Sabar and chill in every situation. And yang paling penting, jangan riak! Assalammualaikum. 

Thank you for reading!

Comments

Popular posts from this blog

Time Flies

Journey